Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

صلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasarrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
erdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
e-solat
Sabtu, 28 November 2009
Isnin, 23 November 2009
Waheeda Latih Anak Akhil Jadi Penyanyi
Oleh R.K SHYAMALA
Akhil dan Waheeda dalam majlis resepsi mereka pada 31 Oktober yang lepas-Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN.

Majlis pernikahan Waheeda & Akhil Hayy di Masjid Kuala Kubu Baru, pada 16 Ogos yang lalu. Anak-anak Akhil, Mohd Syarif Idayatullah, 11 dan Siti Nur Maisarah, 12 turut hadir.-Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
PENYANYI dan penceramah bebas, Akhil Hayy akan terlibat dalam sebuah program realiti yang berunsurkan keagamaan pada tahun hadapan.
Tambah Akhil yang berumur 40 tahun itu, pihak ASTRO akan merujuk dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menghasilkan program ini.
“Program itu masih dalam proses perbincangan dan sebab itu saya tidak boleh bercakap mengenainya secara terperinci.
“Ia dijadualkan akan keudara pada bulan Mac atau April 2010,” jelas suami kepada Waheeda dalam satu temu bual bersamanya semalam.
Akhil menghadiri sidang akhbar ‘Konsert Amal Opick dan Inteam’ yang akan diadakan pada hari ini, di Kompleks Dewan Serbaguna TNB, Bangsar.
Konsert ini akan bermula pada pukul 8 malam dan semua keuntungan yang diperoleh hasil daripada konsert ini akan disumbangkan kepada Persatuan Muslim Care Malaysia, sebuah persatuan yang banyak menjalankan kerja kebajikan dan amal terhadap misi dalam negeri serta luar negara.
Persatuan ini juga menganjurkan konsert tersebut untuk mengumpul dana. Wang itu kemudiannya akan digunakan untuk mendirikan institusi ‘Solat Care’ yang bertujuan mendidik anak-anak muda kini untuk mendirikan solat dengan keadah yang betul.
Kini, penceramah bebas ini sibuk dengan ceramah tazkirah dan juga bercadang mengembangkan sayapnya ke Singapura.
Dalam mendidik anak-anaknya pula, Akhil akan sentiasa menitikberatkan hubungan diantara mereka.
“Saya tidak percaya dengan keadah merotan, kerana itu menyalahi tuntutan agama Islam. Anak-anak boleh diberi amaran tetapi janganlah merotan sehingga mencederakan mereka.
“Saya lebih rapat dengan anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka bagaikan seorang sahabat,” ujar Akhil.
Selain itu, Akhil juga berkata Waheeda akan melatih salah seorang daripada anak lelakinya untuk menyanyi dan mengeluarkan album yang berjudul ‘Zikirallah.’
“Sebenarnya Waheeda sepatutnya menyanyi dalam album ini. Oleh kerana isteri saya itu telah berundur dari dunia seni, dia akan melatih salah seorang daripada anak lelaki kami untuk menyanyi.
Apabila ditanya bagaimanakah Waheeda di rumah, beliau berkata isterinya itu berprinsip dan tahu akan tanggungjawabnya sebagai “immediate mom.”
“Isteri saya itu suka mendisiplinkan anak-anak dan beliau hanya menjadi dirinya sendiri.
“Malah anak-anak saya juga rapat dengan ibu dan bapa Waheeda. Kadang-kadang mereka tak nak balik apabila berkunjung ke rumah mertua saya itu.
“Saya berasa anak-anak saya dapat menerima kehadiran Waheeda serta keluarganya. Ini adalah satu permulaan yang baik,” kata Akhil.
Dalam pada itu, Akhil juga mengakui isteri barunya itu jarang masak di rumah dan beliau sering membawa keluarganya bersama apabila menghadiri sebarang majlis atau ceramah.
Akhiri Akhil, isterinya suka membuat sarapan pagi ala-barat seperti sosej dan telur dadar untuk mereka sekeluarga.
_mstaronline
TAULIAH
| Batal tauliah: Khalid Samad nafi guna penduduk |
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafi menggunakan penduduk setempat untuk memberi tekanan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menarik balik pemberian tauliah mengajar agama kepadanya.
"Mungkin timbul sangkaan seumpama itu kerana yang mengambil inisiatif untuk mengutip tandatangan (membantah tindakan Jais itu) dibuat oleh pembantu saya. Saya ketika itu berada di parlimen.
"Tetapi kalau ada beberapa orang hendak beri sokongan kepada saya, takkan saya hendak tolak," katanya.
Beliau diminta mengulas tindakan lebih 650 ahli kariah di kawasan itu yang menandatangani memorandum bantahan yang dijangka diserahkan kepada Jais minggu depan.
Kempen tersebut digerakkan pembantu Khalid, Mohd Jamil Abdul Rahim.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Khalid berkata beliau belum bertemu dengan anak kariah dari 22 masjid di sekitar Shah Alam itu.
Ditanya sama ada beliau akan merayu terhadap pembatalan taulihanya itu, Khalid berkata, beliau mahu melihat perkembangan bantahan penduduk terlebih dahulu.
"Saya akan putuskan kemudian. Kalau saya pohon semula pun, kalau mereka tidak mahu beri, tidak akan diberikan juga.
"Yang penting saya akan terus perjuangkan supaya ada proses pentauliahan yang lebih serius. Saya tidak dapat pun tidak apa. Tetapi takkan orang macam berpendidikan tinggi pun tidak dapat?
"Kita bukan hendak tolak sistem tauliah 100 peratus, tetapi kita mahukan ia tidak disalahguna," katanya.
Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardu ain dan berkitab).
Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan jabatan itu dalam suratnya bertarikh 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor yang mendapati Khalid mempunyai "rekod jenayah" yang tidak dinyatakan.

_malaysiakini bm
RAHSIA SOLAT (3)
Kitab Rahsia Solat Dan Keutamaannya
(Bahagian 3)
(Bahagian 3)
Syarat-syarat kebatinan dari gerak laku hati
Ketahuilah bahawa dalil-dalil pada mensyaratkan khusyu' atau kehadiran hati dalam solat itu banyak sekali, di antaranya firman Allah Ta'ala:
�Dan dirikan solat itu untuk mengingatiku� (Taha: 14)
Nyatakan perintah untuk mendirikan solat itu merupakan perintah yang wajib. Kelalaian dan kelengahan dalam perkaranya adalah bertentangan dengan maksud mengingatkan Allah. Barangsiapa yang lalai atau lena dalam semua solatnya, tidak boleh dikatakan dia mendirikan solat kerana mengingati Allah.
Allah berfirman:
�Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.� (al-A'raf: 205)
Ayat di atas memberikan maksud larangan, tetapi lahirnya menunjukkan pengharaman. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
�Sehingga kamu sekalian mengetahui apa-apa yang kamu ucapkan.� (an-Nisa': 43)
Ayat tersebut memberikan maksud larangan bagi orang-orang yang mabuk untuk memasuki solat. Ini boleh juga dikenakan ke atas orang-orang yang lalai, orang-orang yang berserabut fikirannya dengan waswas dan hal-ehwal keduniaan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
�Hanyasanya solat itu adalah dengan bertenang diri dan merendahkan diri.�
Dimulakan dengan rangkaikata hanyasanya di sini, bermaksud bahawa solat yang dilakukan tanpa keterangan dan kerendahan diri bukanlah dinamakan solat yang dituntut oleh syara'.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
�Barangsiapa bersolat, padahal solatnya itu tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadanya.�
Sebenarnya solat orang yang lalai itu tentu sekali tidak akan mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar.
Sabdanya lagi:
�Betapa banyaknya orang yang mendirikan solat, tetapi bahagaian yang didapatinya dari solat itu hanya penat-lelah semata-mata.�
Yang dimaksudkannya di sini tiada lain, melainkan orang yang lalai.
Sabdanya lagi:
�Tiada sesuatu yang diperolehi seseorang hamba dari solatnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesabaran.�
Yang sudah terang dan jelas dari semua ayat-ayat dan Hadis-hadis di atas, bahawa orang yang sedang dalam mengerjakan s embahyang itu, sedang bermunajat atau sedang berbicara dengan Tuhannya Azzawajalla, sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. Padahal kita semua telah mengetahui, bahawa orang yang berbicara sedangkan dia lalai dan tidak hadir hatinya, tidaklah boleh dinamakan munajat sama sekali.
Jika seseorang bersumpah dengan berkata: �Sungguh-sungguh aku akan berterima kasih kepada si Fulan, aku akan memujinya serta memohon daripadanya sesuatu hajat, lalu di dalam tidurnya dia bermimpi bahawa dia mengucapkan kata-kata itu (yakni apa yang dia bersumpah tadi), maka tiadalah terkira luput atau gugur dia dari sumpahnya itu.
Ataupun jika dia mengucapkan kata-kata itu di sebuah tempat yang gelap-gelita, sedangkan si Fulan yang harus ditunjukkan sumpahnya itu berada di situ, tetapi dia tiada mengatahui kehadiran si Fulan itu di situ dan tiada melihatnya ketika itu, maka hukumnya tiada juga gugur dia dari sumpahnya tadi, sebab semua ucapannya itu tidak ditunjukan kepada si Fulan yang dimaksudkan, kerana si Fulan itu tidak hadir dalam hatinya ketika kata-kata itu diucapkan.
Ataupun jika dia mengucapkan kata-kata itu di siang hari dan kali ini pula si Fulan yang harus ditunjukan sumpahnya itu ada di situ, dapat dilihat olehnya dengan terang, Tetapi malangnya, dia lalai dan lena, kerana ketika itu, barangkali dia sedang dalam keadaan susah atau banyak fikiran. Dia mengucapkan kata-kata itu, padahal hatinya di tempat lain, tidak ditunjuk ucapanya itu kepada si Fulan yang termaksud itu, maka hukumnya sama belaka, iaitu tiadalah dia gugur dari sumpahnya.
Sememangnya sudah tidak dapat disangsikan lagi, bahawa maksud daripada bacaan dan zikir di dalam solat itu, adalah untuk memanjatkan puji-pujian, kesyukuran, kerendahan diri serta doa kepada Allah s.w.t. Seolah-olah kita bercakap-cakap kepada Allah azawajalla yang berada di hadapan kita.
Maka kiranya hati kita tertutup oleh tabir kelalaian, sudah tentulah Zat Allah s.w.t. akan terlindung dari hati kita, maka kita tidak akan dapat melihat atau menyaksikanNya. Malah hati kita itu akan menjadi lalai dari yang diajak bercakap-cakap itu, dan tinggallah mulutnya saja yang komat-kamit menurut kebiasaanya. Alangkah jauhnya orang ini dari pengertian solat yang sebenarnya yang disyaratkan untuk menggilapkan (membersihkan) hati dan membaharukan zikir Allah azzawajalla serta memperkukuh ikatan keimanan.
Pendekata kehadiran hati dalam solat merupakan jiwa dan roh kepada solat itu sendiri. Barangsiapa yang mengenal rahsia-rahsia solat, mengertilah dia bahawa kelalaian atau ketidak-hadiran hati di dalamnya menyalahi atau bertentangan dengan sifat solat yang betul.
Syarat-syarat keistimewaan solat
Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu solat itu istimewa dari segi kebatinannya banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan kepada enam perkara:
(1) Kehadiran hati dalam solat.
(2) Mengerti bacaan-bacaan solat.
(3) Membesarkan Allah dalam solat.
(4) Merasakan kehebatan Allah dalam solat.
(5) Penuh harapan.
(6) Perasaan malu.
Berikut kita sebutkan huraiannya secara terperinci, kemudian sebab-sebabnya, dan seterusnya mengusahkan cara untuk mencapai syarat-syarat tersebut:
(1) KEHADIRAN HATI DALAM SEMBAHYANG
Maksudnya ialah agar dapat kita mengosokan hati itu dari segala urusan yang boleh menganggu,
ataupun yang tak ada sangkut-pautnya dengan ibadat solat yang sedang dikerjakan itu.
Maka hendaklah pengetahuannya dengan gerak laku badan dan gerak-geri hati itu bersaingan kedua-duanya sekali; dan jangan sampai pemikirannya berputar kepada selain dari keduanya itu.
(2) MENGERTI BACAAN-BACAAN SEMBAHYANG
Memahami atau mengerti maksud-maksud perbicaraan dalam solat itu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontek menghadirkan hati dalam solat; iaitu hati itu haruslah mengatahui segala yang dibicarakan oleh lidah, kerana solat itu memang mengandungi banyak makna-makna atau maksud-maksud yang halus yang patut dimengertikan oleh seorang dalam solatnya. Dengan itu, barulah solat itu dapat mencegahnya dari melakukan perkara-perkara yang keji atau mungkar.
(3) MEMBESARKAN ALLAH DALAM SEMBAHYANG
Membesarkan Allah di dalam solat akan memberikan pengertian yang mendalam kepada diri orang yang bersolat itu, di sebalik menghadirkan hati dan memahamkan bacaan-bacaannya.
(4) MERASAKAN KEHEBATAN ALLAH DALAM SEMBAHYANG
Merasakan kehebatan Allah akan menambahkan lagi kebesaranNya yang dirasakan di dalam solat, dan ia diibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari kemaha-agungnya Allah Ta'ala yang disembah ketika itu dan kemaha-tinggianNya.
(5) PENUH HARAPAN
Orang yang melakukan solat itu haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya harus pula ia merasa takut dari sikaanNya, yang mungkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.
(6) PERASAAN MALU
Dia juga harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemungkinan sekali tanpa disadarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam solat itu, atau sesuatu dosa yang tidak disangka-sangkakannya.
Adapun sebab-sebab pencapaian maksud yang enam di atas tadi ialah:
Pertama: Hendaklah kita mengetahui bahawa yang boleh menyebabkan hati itu hadir ialah kekuatan azam, kerana hati itu sentiasa menurut keazaman kita: Hati tidak akan hadir, melainkan sesudah kita menujukan keazaman kita kepadanya. Jadi bila timbul sesuatu perkara yang menarik perhatian kita, tentulah hati kita akan hadir dan meletakkan perhatiannya kepada perkara itu, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa, sebab hati itu diciptakan dalam fitrah yang semacam itu dan ia tetap tertakluk kepadanya.
Jika sekiranya hati itu tiada hadir dalam solat, tentulah ia tidak akan berdiam diri begitu saja, bahkan ia akan berkeliaran ke sana ke mari menunjukan perhatiannya kepada hal-ehwal keduniaan. Oleh itu, tiada jalan lain atau tiada penawar untuk menghadirkan hati itu, melainkan dengan menumpukan segala perhatian kita kepada solat semata-mata.
Dan perhatian kita itu tidak akan dapat dihadapkan sepenuhnya kepada solat, selagi belum ternyata atau terbukti bahawa hati yang dituntut itu sepenuhnya bergantung kepada solat. Yang demikian itu dapat dicapai melalui keimanan dan keyakinan yang menetapkan, bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal, dan bahawasanya solat pula adalah sebagai suatu wasilah atau jalan untuk mencapai kebahagiaan itu disana.
Kedua: Memahamkan bacaan, iaitu sebabnya sesudah menghadirkan hati, ialah menetapkan dan memusatkan akal fikiran untuk menangkap maksud dari segala pertuturan dalam solat. Penawarnya adalah seperti yang tersebut di atas tadi serta menumpukan fikiran dan menyediakannya untuk menolak segala yang mungkin mengacaunya, dan cara menolaknya ialah dengan menolak punca-puncanya; yakni pokok-pokok bagi sebab-sebab yang boleh mempengaruhi akal fikiran dan mengajaknya untuk berfikir-fikir.
Ketiga: Membesarkan atau memuliakan Allah dalam solat, dan yang demikian itu harus datangnya dari hati dengan dua cara:
(1) Mengenal kebesaran Allah azzawajalla dan keagunganNya dan ini adalah dari asal-usul keimanan.
(2) Mengenal kerendahan jiwa dan kehinaannya serta keadaannya sebagai seorang hamba yang tertakluk dan bertuhankan Allah yang Maha Agung.
Pengenalan terhadap kedua-dua cara ini haruslah berterusan sehingga timbul ketenangan, kerendahan hati dan seterusnya kekhusyu'an terhadap Allah s.w.t., maka ketika itulah baru kita kenal pengertian membesarkan Allah dengan penuh kesempurnaan.
Keempat: Adapun merasakan kehebatan atau ketakutan itu adalah keadaan yang harus disifati oleh jiwa yang akan timbul sesudah mengenal akan kekuasaan Allah dan kesanggupanNya, lalu melaksanakan kehendakanNya tampa campur tangan dari kuasa-kuasa yang lain,
Jika sekiranya Allah memusnahkan yang awal (terdahulu) semua sekali dan yang akhir (terkebelakang) semua sekali, maka tiadalah akan berkurangan dari kerajaanNya sesuatu sebesar zarrah (atom) pun. Oleh sebab itulah apabila bertambah ilmu kita mengenai Allah, akan bertambah pulalah ketakutan dan kehebatan perasaan kita terhadapNya.
Kelima: Adapun pengharapan, maka sebabnya ialah pengenalan kita kepada belas kasihan Allah s.w.t. dan rahmatNya, serta segala kenikmatan dan kemaha-halusan penciptaanNya.
Begitu pula dengan menyakinkan kebenaran janjiNya dengan balasan syurga bagi orang yang melakukan solat. Apabila telah muncul keyakinan dalam hati tentang segala janji-janji Allah, dan muncul sama pengenalan tentang belas kasihanNya, niscaya tidak syak lagi akan timbullah kesan dari kedua-duanya tadi hakikat pengharapan.
Keenam: Akhir sekali perasaan malu, dan dengan adanya sifat malu itu dalam diri, akan teringatlah kita akan kecuaian kita dalam menjalankan ibadat serta mengatahui, bahawa kita ini memang tidak mampu untuk mendirikan semua hak-hak Allah Azzawajalla. Perasaan serupa itu akan menolong kita untuk mengingat tentang keaiban-keaiban diri dan dan kecelaannya, ketidak-iklasan diri dan kecenderungannya kepada balasan-balasan yang kontan dalam segala amal perbuatannya, padahal kita mengatahui tentang kebesaran apa yang bakal ditentukan oleh Allah yang Maha Mulia (yakni dari balasan terkemudian).
Dan hendaklah kita menyakini, bahawa Allah Azzawajalla itu mengetahui dan menyingkap segala rahsia dan gerak-geri hati meskipun ia terlalu kecil atau masih samar-samar.
Semua makrifat-makrifat ini bila ditemui dengan keyakinan akan terpancarlah daripadanya, tidak syak lagi, suatu keadaan atau perasaan yang dinamakan perasaan malu terhadap Allah Azzawajalla.
Sekianlah sebab-sebab bagi semua sifat-sifat yang disebutkan di atas tadi. Setiap yang hendak dicari huraiannya, terlebih dulu hendaklah diterangkan sebab-sebabnya, kerana setelah mengenal sebab-musababnya dapatlah pula mengenal ubat dan penawarnya. Manakala ikataan bagi semua sebab-sebab ini ialah keimanan kepada Allah Azzawajalla dan keyakinan terhadapNya.
Penawar berguna untuk menghadirkan hati
Ketahuilah, bahawa setiap orang Mu'min itu wajib memuliakan Allah azzawajalla, takut hanya kepadaNya, berharap hanya daripadaNya, dan sentiasa pula merasa malu terhadap segala kelalaian yang timbul tersebab dari perilakunya terhadap Allah s.w.t. Semua perkara-perkara yang tersebut ini haruslah tidak terlepas dari ingatannya, sesudah ada penuh keyakinan terhadap Allah s.w.t., sekalipun kekuatan ingatan itu setanding dengan kadar kekuatan keyakinannya. Sebab terhindarnya sesuatu solat dari ingatan kepada perkara-perkara tersebut, tiada lain melainkan disebabkan oleh fikiran yang bercabang-cabang, terganggunya hati dan ketidak hadirannya dalam bermunajat, berarti kelalaian dalam solat.
Dan tiada yang menjauhkan kita dari solat yang sempurna, melainkan kerana terlalu banyak fikiran yang datang menggangu dan mengacau. Penawar dalam menghadirkan hati ialah menolak semua fikiran-fikiran tersebut, dan sesuatu perkara itu tidak akan tertolak melainkan dengan menolak sebabnya, maka hendaklah anda mencari sebabnya dan mengetahui.
Adapun sebab-sebab kemunculannya fikiran-fikiran yang tidak menentu dalam sesuatu solat itu, ialah sama ada merupakan perkara dari luar ataupun perkara dari dalam. Perkara-perkara dari luar; iaitu seperti sesuatu yang didengar oleh telinga, ataupun dilihat oleh mata. Hal serupa ini boleh menarik perhatian kita kepadanya, lalu perasaan kita pun tertumpu kepadanya dan terpengaruh dengannya.
Dari situ kita boleh dibawanya dari suatu fikiran kepada fikiran yang lain, sampai bercabang-cabang pula fikiran kita. Pada ketika itu semua yang kita lihat di hadapan kita akan menjadi sebab pemikiran.
Orang yang kukuh niatnya dan kuat keazamannya tidak akan dilalaikan oleh segala sesuatu yang bermain pada pancainderanya. Akan tetapi si lemah tentu sekali pancainderanya akan membawanya menggembara kepada berbagai-bagai pemikiran ketika itu.
Penawar kepada penyakit ini ialah dengan memutuskan pemikirannya dari segala sebab-sebab ini; iaitu dengan menutup matanya terlebih dulu, kemudian bersungguh-sungguh mencuba meletakkan ke belakang semua yang mungkin mengganggu pancainderanya.
Seterusnya, dia mencari tempat yang berdekatan dengan tembok, supaya dalam solat nanti ruangan di hadapanya tidak terlalu lapang untuk dilihat oleh matanya.
Dan hendaklah dia menjauhkan diri dari menunaikan solat di jalan-jalan raya, yakni di tempat-tempat lalulintas orang ramai, ataupun di tempat-tempat yang berlukisan, atau tikar-tikar yang penuh dengan gambar-gambar dan warna-warni, kerana kesemuanya itu boleh menyebabkan kelalaian dalam solat.
Adapun sebab-sebab kebatinan pula, maka yang demikian itu adalah lebih hebat lagi.
Orang yang bercabang-cabang perhatiannaya dalam persoalan-persoalan keduniaan tentu sekali pemikirannya tidak tetap setempat, ataupun menumpu kepada sesuatu perkara yang tertentu, malah ia akan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Cara untuk mengekang pemikiran-pemikiran ini dari berlaku, ialah dengan memaksa diri untuk memahami, atau mengikuti makna-makna bacaan yang dibacanya di dalam sembanyang dan melarang diri dari mengingati perkara-perkara yang lain dari itu.
Untuk membantu melaksanakan cara ini, seseorang yang ingin bersolat hendaklah bersiap sedia sebelum bertakbir, lalu memperbaharui ingatannya tentang hari akhirat dan tempat bermunajat itu serta bahayanya keadaan ketika itu.
Sebab ia sedang berhadapan muka dengan Allah s.w.t. Dan Allah dapat menyingkap segala rahsianya pada masa itu. Sebelum mengangkat takbir, hendaklah ia menumpukan segala perhatian dan hatinya kepada solat saja, dan jangan sampai ditinggalkan suatu tempat pun dalam hatinya itu untuk dipengaruhi oleh perkara-perkara selainnya.
Apabila gelombang pemikirannya masih belum lagi dapat disembuhkan oleh ubat yang seharusnya boleh mentenangkannya, maka hendaklah ia mendapatkan ubat pembersih yang boleh melenyapkn pangkal penyakit yang bersarang di dalam dasar urat sarafnya. Haruslah ia segera memperhatikan apa-apakah yang memalingkan dirinya dari kehadiran hati tadi.
Tidak syak lagi, sesudah itu, akal fikiran itu akan kembali kepada tugasnya, dan ketahuilah ia bahawa pemesongan yang berlaku tadi tiada lain, melainkan disebabkan oleh gejala-gejala syahwat. Maka ia pun segeralah mengutuk dirinya dengan mencabut segala syahwat-syahwat itu dari dalam dirinya serta memutuskan semua perhubungan diri dengan syahwat-syahwat itu.
Ada sebuah riwayat yang diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah memakai baju bersulam yang diberikan kepadanya oleh Abu Juhum, lalu baginda bersolat, sebaik-baik selesai saja bersolat, segeralah baginda menanggalkannya pula seraya bersabda: Kembalikanlah baju ini kepada Abu Juhum sebab ia melenakan saya dalam solat tadi, dan tukarkanlah dia dengan baju biasanya saja (yakni yang tiada bersulam).
_waktusolat
Ahad, 22 November 2009
RAHSIA SOLAT (2)
Kitab Rahsia Solat Dan Keutamaannya
(Bahagian 2)
(Bahagian 2)
Apabila seseorang yang hendak solat itu selesai dari berwudhu', mensucikan diri daripada semua najis-najis dan kotoran yang berada di badan, tempat dan pakaian, demikian pula sudah bersedia menutup aurat dari pusat ke lutut, hendaklah ia berdiri tegak, menghadapkan mukanya ke arah kiblat.
Sebaiknya ia bersolat dekat dengan dinding tembok, kerana yang demikian itu memendekkan jarak pemandangan. Hendaklah ia mencegah fikiran dari bercabang-cabang kepada yang lain, manakala penglihatannya hanya bertumpu kepada tempat sujud belaka. Hendaklah berdirinya itu tetap serupa ini, sehingga sampai waktu melakukan ruku' tanpa menoleh kemana pun jua.
Kemudian, barulah ia meniatkan menunaikan solat dalam hatinya, sambil mengangkat kedua tangannya setentang dengan dua bahunya. Kedua tapak tangannya diarahkan ke arah kiblat; semua jari-jarinya dibukakan tidak digenggamkan, tidak dipaksakan sehingga menjadi terlampau renggang atau terlampau kuncup, tetapi dibiarkan sekadar kebiasaannya saja, dan dia pun bertakbirlah.
Sebaik-baik selesai bertakbir, dia pun meletakkan kedua tangannya ke atas dada dengan tangan kanan diletakkan ke atas tangan kiri, dan janganlah dia mengerakkan kedua tangannya secara kasar dalam bertakbir itu, melainkan dibiarkannya naik dan turun perlahan-lahan dengan lemah-lembut sekali.
Dalam menyebutkan Allahu Akbar hendaklah hanya dibacakan dengan baris dhommah yakni hu (Allahu). Dan hu itu dibaca dengan sederhana tidak ditekankan sangat.
Hendaklah tidak disambungkan hu nya dengan alif sehingga berbunyi semacam wau (Allahuakbar), ataupun dipanjangkan ba' dari Akbar dan ra' nya seolah-olah dia menyebut: Akbaar:
Dan hendaklah dimatikan (disukunkan) huruf ra' pada Akbar itu dan jangan di dhommahkan ; yakni dia menyebut: Allahu Akbar bukan Allahu Akbaru.
Pembacaan dalam solat
Selanjutnya dia memulakan membaca doa iftitah sebaik-baik saja selesai bertakbir dengan membaca:
�Allah Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang.�
Ataupun boleh dibaca doa ini:
�Aku menghadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi dalam keadaan cenderung dan terserah dan tiadalah aku dari golongan orang-orang musyrikin. Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam, tiada sekutu bagiNya, dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku termasuk golongan kaum Muslimin.�
Ataupun boleh membaca doa ini juga:
�Maha Suci Engkau wahai Tuhanku dengan kepujian bagiMu dan Maha Berkat NamaMu, Maha Luhur keputusanMu, Maha Tinggi pujian-pujianMu dan tiada Tuhan selain dariMu.�
Kemudian membaca pula:
�Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.�
Seterusnya, hendaklah dia membaca al-Fatihah, setelah selesai, ucapkanlah pula Amiin yang bererti: kabulkanlah! Tetapi jangan pula dia menyambungkan (mewashalkan) kalimat Amiin itu dengan kalimah Waladh-dhalliin.
Al-Fatihah dan surah itu hendaklah dibaca dengan jahar; iaitu dengan suara yang nyaring pada solat-solat subuh, maghrib dan isya', kecuali jika dia menjadi ma'mum dalam solat berjemaah. Bacaan Amiin juga hendaklah dibaca dengan jahar.
Sesudah itu, dia membaca satu surah ataupun sekadar tiga ayat atau lebih dari al-Quran. Jangan pula dia menyambung bacaan surah dengan takbir ruku', tetapi hendaklah dia memisahkan antara keduanya sekadar bacaan Subhanallah .
Pada solat subuh, sebaik-baiknya dia membaca surah yang panjang dari surah-surah al-Mufashshal ** . Pada solat maghrib pula dia membaca surah-surah yang pendek. Manakala pada solat-solat zohor, asar dan isya', dia membaca surah-surah yang sederhana pula.
** - Surah-surah al-Mufashshal seperti yang ditentukan oleh para ulama dari surah al-Hujurat hingga ke akhir juz 29 dari al-Quran (akhir surah Tabarak sebelum �Amma). Surah-surah yang sederhana dari awal juz 30 (�Amma) hingga ke surah Wadhdhuha. Manakala surah-surah yang pendek pula ialah dari surah Wadhdhuha hingga akhir juz 30; iaitu surah an-Nas.
Pada solat subuh, bila dalam pelayaran dibaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas , termasuklah juga pada solat-solat sunnat dua rakaat fajar (sebelum subuh), dua rakaat tawaf dan dua rakaat tahiyat masjid.
Ruku' dan ekoran-ekorannya
Sesudah itu, dia pun ruku', dan hendaklah dia membuat beberapa perkara ketika melakukan ruku' itu; iaitu mula-mula mengucap takbir untuk ruku'; mengangkat kedua belah tangannya ketika mengucapkan takbir tadi, takbirnya dipanjangkan sedikit sehingga sempurna ruku'nya.
Kedua belah tapak tangannya pula diletakkan ke atas kedua lutut, sedang seluruh jari-jarinya diluruskan berhadapan ke hala kiblat, menjulur di sepanjang betis, manakala kedua lututnya berdiri tegak tidak membengkok. Belakangnya pula diratakan jangan sampai kepalanya lebih rendah atau lebih tinggi dari belakangnya. Kedua sikunya direnggangkan dari kedua rusuknya. Kaum wanita hendaklah merapatkan kedua sikunya kepada kedua rusuknya.
Di waktu ruku' itu, hendaklah membaca:
�Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung.�
Ini dibaca tiga kali, dan kalau hendak ditambah kepada tujuh atau sepuluh kali pun baik juga, tetapi jika bukan menjadi imam.
Kemudian dia bangkit dari ruku' untuk berdiri semula serta mengangkat kedua tangannya dengan berkata:
�Allah telah mendengar orang yang memujiNya.�
Tegak berdiri semula pada i'tidal dan bertenang sebentar, kemudian membaca:
�Ya Tuhanku, bagiMu segala kepujian sepenuh langit dan sepenuh bumi dan sepenuh antara keduanya dan sepenuh semua kemahuanMu dari sesuatu benda sesudah itu.�
Dalam solat subuh, hendaklah dia membaca doa qunut pada waktu i'tidal dalam rakaat keduanya; iaitu dari doa-doa yang dituntun dari Nabi s.a.w.
Sujud
Selesai yang di atas, hendaklah ia melakukan sujud dengan membaca takbir lagi; iaitu menunduk ke bawah dengan meletakkan kedua lututnya di atas tanah, kemudian dahinya dan kedua tapak tangannya secara tidak tertutup pula. Dan janganlah ia mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir, kecuali pada melakukan ruku' saja.
Bagi kaum lelaki, kedua sikunya hendaklah direnggangkan dari kedua rusuknya, tetapi bagi kaum wanita, hendaklah dirapatkan (seperti dalam ruku' tadi). Begitu pula pada kedua kakinya, hendaklah direnggangkan juga, tetapi kaum wanita tiada merenggangkannya; perutnya pula diangkatkan dari kedua pahanya manakala kaum wanita merapatkannya.
Seterusnya bagi orang yang bersujud itu, hendaklah ia meletakkan kedua tangannya di atas tanah setentang dengan kedua bahunya, dan janganlah ia merenggangkan antara jari-jarinya malah dirapatkannya, dan kedua lengannya jangan sampai didudukkan di atas tanah, dan hendaklah ia membaca:
�Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.�
Ini dibaca tiga kali. Kalau dilebihkan pula baik kecuali jika ia menjadi imam. Kemudian ia bangkit dari sujud, lalu duduk sebentar dengan bertentang, iaitu sama sebagaimana melakukan i'tidal.
Sesudah sujud tadi, hendaklah mengucapkan takbir lagi seraya mengangkat kepala terus duduk atas kaki kirinya, sambil tumit kanannya didirikan. Kedua tangannya diletakkan di atas kedua pahanya dan jari-jarinya diluruskan; dibuat semua ini secara biasa saja, jangan dipaksa menguncupkan atau merenggangkannya, seraya berkata:
�Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, cukupkanlah keperluanku, sihatkanlah aku dan maafkanlah kesalahanku.�
Kemudian dia membuat pula sujud kedua semacam itu. Sesudah itu dia meneruskan solatnya dengan rakaat-rakaat berikutnya, seperti yang pertama memulakan dengan ta'awwuz.
Tasyahhud
Selesai dua rakaat dari solatnya, dia pun melakukan tasyahhud pertama di mana dia membacakan salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan ke atas keluarganya. Dalam bertasyahhud itu, kedua belah tangannya diletakkan di atas kedua lututnya, sedang semua jari-jari tangan kanannya digenggamkan melainkan jari telunjuk yang harus ditunjukkan ke hadapan ketika sampai membaca illallah.
Dalam bertasyahhud awal ini hendaklah dia duduk di atas kakinya yang kiri, seperti cara duduknya antara dua sujud.
Kemudian dalam tasyahhud akhir pula, hendaklah dia membaca kesemua doa-doa yang dituntun dari Rasulullah s.a.w., iaitu sesudah selesai membaca salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan keluarganya.
Di waktu tasyahhud ini pula, hendaklah dia mendudukkan punggung kirinya sebab sesudah ini tidak perlu bangkit lagi, malah dia tetap duduk saja sehingga selesai solatnya. Selain itu, hendaklah dia meletakkan kaki kanannya di atas kaki kiri, manakala hujung kaki kirinya dikeluarkan sedikit dari bawah kaki kanannya itu.
Setelah selesai semua bacaan dalam tasyahhud ini, dia pun bersalam:
� Selamat sejahtera atas kamu serta rahmat Allah.�
Seraya bersalam, dia berpaling ke arah kanan sekira-kira dapat dilihat pipi kanannya, (oleh orang yang di belakangnya), kemudian dia bersalam pula ke arah kiri dengan membuat sama seperti yang pertama tadi, dan ketika bersalam itu hendaklah dia berniat memberikan salamnya kepada sesiapa yang berada dari para Malaikat dan kaum Muslimin, sama ada pada salam yang pertama begitu juga pada salam yang kedua. Janganlah mengeraskan suaranya, ketika mengucapkan salam itu melainkan sekadar mendengarkan dirinya saja.
Larangan-larangan dalam solat
Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang dari memasuki solat, sedangkan dia menahan dari buang air kecil atau buang air besar, atau orang yang memakai khuf (sepatu) yang sempit sebab semua itu akan mengganggu kekhusyu'annya dalam solat. Begitu juga orang yang terlalu lapar atau yang terlalu susah hati.
Mengenai orang yang lapar, ada sebuah sabda Rasulullah s.a.w.:
� Apabila hidangan makan malam telah tersedia dan solat hendak dimulakan, maka hendaklah kamu memulakan dengan memakan hidangan itu dahulu .�
Mengenai menutup mulut dengan kain pula, sabdanya yang bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang yang menutup mulutnya di dalam solat.
Al-Hasan pula berkata: setiap orang yang bersolat sedangkan hatinya tidak hadir bersamanya, maka dia lebih dekat kepada mendapat siksaan.
Seterusnya dimakruhkan atas orang yang solat itu meniup ke tanah ketika dalam bersujud, atau tangannya bermain-main dengan batu di tanah itu, ataupun dia bersandar di tembok sewaktu berdiri dalam solat.
Sebahagian para salaf melarang empat perkara dalam solat:
(1) Menoleh-noleh ke kanan-kiri.
(2) Menyapu-nyapu muka.
(3) Merata-ratakan batu.
(4) Bersolat di tempat lalu lintas orang ramai.
Membedakan yang fardhu dengan yang sunnat
Apa yang telah kita pelajari terdahulu dari ini termasuk perkara-perkara yang fardhu, yang sunnat dan hai'at.
Adapun perbuatan-perbuatan yang sunnat ialah: Mengangkat kedua tangan pada takbiratul-ihram dan ketika hendak membongkok membuat ruku', bangkit dari ruku', dan ketika bangkit dari duduk tasyahhud awal, manakala bertawarruk (duduk dalam tasyahhud akhir) dan duduk beriftirasy (dalam tasyahhud awal) adalah hai'at yang berikutan dengan duduk bertasyahhud tadi, sebagaimana meninggalkan menoleh-noleh itu adalah hai'at bagi berdiri serta memperelokkan rupanya.
Doa-doa atau zikir-zikir yang sunnat pula ialah: Doa Iftitah, Ta'awwuz, membaca Amiin, membaca surah-surah, membaca takbir-takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain. Membaca zikir-zikir dalam ruku', sujud, dan I'tidal serta tasyahhud awal. Termasuk sunnat juga ialah membaca salawat ke atas Nabi s.a.w. padanya. Dan sunnat juga membaca doa dalam tasyahhud akhir serta salam yang kedua.
Yang disebutkan di atas kesemuanya sunnat, selainnya maka hukumnya wajib.
Ketahuilah bahawasanya solat itu laksana
_waktusolat
RAHSIA SOLAT (1)
| ||
Wasiat Nabi
IBNU ABBAS r.a. meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat di jari telunjuk dan di jari tengah.
2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".
4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab(pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq(benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka.
5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.
12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah.
angelfire.com

Kamal Hashim: SPRM perlu buktikan kredibiliti
| Kamal Hashim |
| Media cetak pro-kerajaan dipenuhi dengan laporan-laporan tentang rasa tidak puas hati kalangan pemimpin kerajaan dan agensi-agensi berkaitan tentang masa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ini ekoran tiindakan mahkamah menghadkan masa siasatan SPRM kepada waktu pejabat yang telah mencetuskan bermacam-macam reaksi. Pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional bangkit marah terhadap keputusan mahkamah itu, walaupun mereka juga berkata keputusan mahkamah perlu dihormati. Tindakan ini yang tercetus akibat kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat sehingga awal pagi oleh SPRM di Shah Alam. Apa yang dikesalkan sebenarnya ialah persepsi ramai melihat SPRM digunakan untuk mencari kesalahan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Adakah pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Khir Toyo disiasat oleh SPRM? Sekiranya disiasat, adakah akan disiasat seperti Teoh hingga ke awal pagi? Malah pemimpin BN juga cuba membuktikan SPRM tidak berpihak apabila turut menahan ahli Umno. Masalahnya, tidak ada pemimpin Umno yang setaraf dengan pemimpin Pakatan Rakyat disiasat SPRM. Sedangkan pada masa yang sama, SPRM segera menyiasat menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didakwa melakukan penyelewengan. SPRM telah menunjukkan sikap memilih dalam menentukan siapa yang patut disiasat, dan inilah yang menjadikan SPRM tidak dihormati oleh rakyat. Tidak ada yang menentang usaha memerangi rasuah yang dilakukan oleh SPRM, tetapi usaha ini perlulah dilakukan dengan jujur dan bebas. Institusi pencegahan rasuah sebelum SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada satu masa dahulu pernah dihormati oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Malangnya ini semua tidak berlaku lagi akibat BPR dan kini SPRM tidak menunjukkan kredibiliti lagi. Indeks persepsi rasuah Malaysia yang kian merosot juga memberi gambaran prestasi SPRM yang ditugaskan membanteras rasuah. SPRM bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membanteras rasuah yang merosakkan banyak aspek kehidupan. Berbanding Pakatan, Umno dan BN lebih banyak berkuasa dalam membuat keputusan berkenaan banyak bidang, termasuklah projek pembangunan, ekonomi dan berkaitan kerajaan tempatan. Oleh itu, Umno dan BN lebih banyak terdedah kepada peluang untuk melakukan rasuah berbanding dengan Pakatan. Tetapi kenapa lebih banyak wakil-wakil Pakatan yang disiasat dan ini pula berlaku dalam masa yang singkat, selepas Pakatan menang besar dalam pilihan raya umum lepas. SPRM hanya akan dihormati apabila badan itu bersedia untuk tidak lagi tertakluk kepada pengaruh kerajaan BN dan menjalankan tugas sebenarnya memerangi rasuah. _harakahdaily.net |
Khamis, 19 November 2009
Jenis-jenis Air
Rabu, 18 November 2009
Tanda Kebesaran
| | ||
Batu Gantung
Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi'raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah ikut. Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tsb yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AQSHA di Yarusalem ini foto dari rekan saya , riska sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... foto ini bisa lolos karena tidak diketahui oleh pihak israel yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat.
Selasa, 17 November 2009
Jumaat, 13 November 2009
Najib perlu tarik balik kenyataan terhadap CEUPACS
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan.
"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus," jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu.
"Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka." jelasnya.
"Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."
Tambahnya lagi, tindakan Najib menafikan hak CEUPACS itu turut dilakukan ke atas kerajaan negeri Kelantan, dalam isu royalti minyak.
"Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini," ujarnya.
"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."
Beliau juga menyifatkan tindakan Najib enggan bersemuka dengan CEUPACS sebagai cubaan menyembunyikan fakta, sama seperti sikap Najib dalam kes pembunuhan gadis Mongolia.
"Saya juga lihat Najib cuba sembunyikan fakta yang perlu kakitangan kerajaan tahu, tidak kira sama ada kes rasuah (dan) ketirisan yang libatkan beberapa individu yang dekat dengan Najib, atau juga siapa bunuh Altantuya, semua nak tahu," jelas Khalid lagi.
"Itu (sembunyi fakta) yang sepatutnya dilihat sebagai suatu kesalahan tidak bermoral apabila seorang wartawan akhbar Perancis dedah gambar-gambar Najib bersama Altantuya yang saya lihat cuba disembunyikan."
Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, Mahfuz juga menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain (gambar) turut mendesak Najib menarik semula kenyataannya, yang dianggap menghina kakitangan kerajaan di negeri Perak sendiri.
Menurut Abu Bakar, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mengalami difesit untuk tahun ke-12 tahun ini mungkin menjadi punca kerajaan tidak boleh melunaskan tuntutan CEUPECS itu, seperti yang yang didedahkan Penyarah Universiti Malaya Profesor Rajah Rasiah sebelum ini.
Ujarnya lagi, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan kerajaan.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Najib enggan bertemu CEUPACS dalam isu tuntutan bonus kakitangan kerajaan kerana mengganggap tuntutan tersebut sebagai tidak bermoral.
Tindak tanduk Najib itu dipercayai bukan sahaja mencalar peribadinya, malah slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
HarakahDaily.Net/-
Langgan:
Ulasan (Atom)