Rabu, 18 Mei 2011

Enam calon rebut timbalan presiden

KUALA LUMPUR – Selepas pencalonan ditutup, enam orang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas manakala 14 lagi layak bertanding untuk tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu bulan depan.

Mereka yang layak bertanding timbalan ialah Datuk Seri Azizan Abd Razak, Datuk Husam Musa, Nasharuddin Mat Isa, Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kekal sebagai Presiden Pas apabila tidak dicabar.

Mengumumkan senarai rasmi pencalonan semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pencalonan itu diterima selepas tarikh tamat 180 kawasan selesai bermesyuarat kelmarin.

Menurutnya, hanya 146 kawasan menghantar pencalonan manakala selebihnya, borang pencalonan ditolak kerana tidak lengkap atau tidak bermesyuarat.

Bagi jawatan naib presiden, seramai 14 pemimpin layak bertanding. Mereka adalah Azizan, Husam, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mazlan Aliman, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Dr Mujahid Yusof Rawa, Nasharudin, Nik Zawawi Nik Salleh, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, Salahuddin dan Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, bagi jawatan timbalan presiden, Nasharudin sudah mengeluarkan kenyataan akan mempertahankan jawatan, manakala Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu sudah mengesahkan akan bertanding.

Ditanya mengenai jumlah diterima oleh calon jawatan timbalan presiden, Abdul Halim enggan mengulas tetapi menegaskan setiap calon tersebut mengetahui jumlah pencalonan mereka.

“Saya tidak boleh jawab soalan tersebut, jika mahu tahu jumlah tanya sendiri dengan calon-calon tersebut, saya tidak mahu ia seolah-olah dibaca sebagai kempen,” katanya.

Abdul Halim menjelaskan, setiap calon yang layak akan dihantar surat untuk mengetahui mereka menerima atau menolak sebarang pencalonan dan borang tersebut perlulah dibalas sebelum 26 Mei ini.

Warga UMNO teramat bencikan Anwar kerana tertubuhnya PKR


Oleh  anak muara

"Saya membuat sedikit kaji selidik mengenai mengapa UMNO tidak kira pemimpin atasan atau ahli bawahan amat memusuhi Anwar Ibrahim dan PKR.Kebencian warga UMNO terhadap Anwar dan PKR begitu menebal sekali berbanding PAS dan DAP yang lebih senior menjadi musuh politik UMNO-BN.
Alasan warga tegar UMNO adalah kerana tertubuhnya PKR mengakibatkan orang Melayu dan juga undi Melayu berpecah 3 kelompok.Mereka mendakwa bahawa kesannya menjadikan kuasa politik Melayu menjadi lemah dan berkurangan.Kewujudan PKR bagi mereka membuatkan kuasa politik tidak stabil dan lemah.Dari situlah Anwar dianggap oleh warga UMNO sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu ala UMNO.
Warga tegar UMNO beralasan biarlah UMNO dan PAS sahaja manjadi musuh politik dan jangan ditambahkan dengan kewujudan PKR yang diterajui oleh Anwar membuatkan perpecahan itu wujud lebih kepada 2 kelompok.Itu adalah gambaran politik warga UMNO akibat wujudnya PKR ini.Oleh sebab itu warga tegar UMNO begitu marah dan bencikan PKR dan juga Anwar.

PKR adalah sebuah parti politik yang berlatar belakangkan pelbagai kaum dan agama.Ia dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin UMNO.MCA,Gerakan,MIC dan beberapa bekas ahli parti komponen BN Sabah dan Sarawak.PKR juga dianggotai oleh jenerasi politik baru hasil tragedi krisis pemecatan Anwar dari UMNO dan kerajaan 1998.

Umur PKR telah memasuki 12 tahun dan satu pencapaian yang memuaskan walaupun dilanda pelbagai krisis dalaman.Kepantasan politik PKR dengan usia parti yang begitu muda membuatkan UMNO begitu tidak selesa sekali.Terbukti pada PRU-12 PKR memperolehi kemenangan kerusi parlimen diluarjangkaan iaitu 31 kerusi dengan mendahului PAS dan DAP yang lebih senior dari PKR.Ini yang membuatkan UMNO semakin tertetan dengan kewujudan PKR.Namun PKR dilihat sebagai parti masa depan kerana kesesuai dengan Malaysia yang mempunyai pelabagai kaum dan agama.

Warga UMNO pada mulanya meramalkan Anwar bakal menyertai PAS dan ada sejumlah bekas ahli UMNO yang kuat jiwa Melayu mereka amat teruja dan berharap Anwar akan masuk PAS namun telahan mereka meleset dengan tertubuhnya PKR yang dulunya PKN.Oleh sebab itu ada dikalangan pengikut Anwar untuk terus bersama UMNO dan sebilangannya masuk PAS dan kelompok yang benar-benar setia kepada Anwar menjadi ahli PKR.

Tidak dinafikan sehingga sekarang di dalam UMNO ada sejumlah ahli dan pemimpin yang masih sayangkan Anwar namun mereka agak tidak setuju dengan Anwar apabila wujudnya PKR.Dari situ kebencian dari sudut politik terhadap Anwar timbul namun pada masa yang sama mereka ini tetap percaya dan yakin bahawa Anwar sememangnya tidak bersalah dan difitnah oleh sebilangan pemimpin atasan UMNO yang amat tidak senang dengan ketegasan Anwar terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa di dalam UMNO ketika itu.

Kini di dalam UMNO wujud 2 kelompok yang memusuhi Anwar iaitu kelompok yang sememangnya sudah lama memusuhi dan cemburu terhadap Anwar sejak awal kemasukan Anwar dalam UMNO.Kumpulan ini juga dikalangan mereka adalah golongan opportunis di dalam UMNO yang hanya mempunyai kepentingan perniagaan dan peribadi dengan kehadiran Anwar ke dalam UMNO mereka berasa begitu tergugat sekali dan dari situlah komplot perancangan menjatuhkan Anwar mula terjadi. Dan satu lagi kelompok adalah mereka yang menyokong Anwar dalam UMNO namun tidak setuju dengan dengan Anwar berikutan tertubuhnya PKR yang dianggap sebagai menambahkan perpecahan politik Melayu.

Kumpulan ini pada hakikatnya tahu bahawa Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan salah laku seks namun demi menjaga dan memperjuangankan survival politik Melayu ala UMNO telah membuatkan segala perancangan jahat untuk mengekang kebangkitan Anwar terpaksa direlakan walaupun tindakan tersebut amat jelas bertentangan dengan Islam dan juga nilai-nilai kemanusiaan._Detik Daily
"