Isnin, 28 Disember 2009

Sambungan: Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat - Persiapan Menghadapi Maut (Siri 5) - HARI PENYESALAN Bhg 2

Sambungan dari Bhg 1

Walau bagaimanapun mereka pasti bertemu Allah Taala, malah pertemuan itu tanpa orang perantara atau jurubahasa.  yang dikatakan pasti bertemu Tuhan itu ialah mreka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah Taala.  di mahkamah qadhi rabbul jalil itu tidak memerlukan bantuan malaikat untuk menjalankan tugas pendakwaan, serta tidak memerlukan jurubahasa bagi menterjemaahkan segalanya perbuatan keji dan kemungkaran yang manusia lakukan.

Segala urusan sejak dari pendedahan segala rahsia perbuatan jahat keji mereka, sehingga penyerahan segala catatan akan dilakukan oleh Allah SWT sendiri.  Demikianlah Nabi S.A.W. menjelaskan di dalam hadithnya bahawa setiap hamba pasti akan berhadapan dengan Allah Taala di Akhirat tanpa sebarang perantara dan jurubahasa.

Di dalam hadith lain, Nabi S.A.W menjelaskan tentang hari pendedahan yang akan dilakukan oleh Allah Taala terhadap hambanya di akhirat kelak, sehingga ada di kalangan manusia yang mohon kepada allah Taala agar segala rahsia keburukan dirinya tidak didedahkan di khalayak ramai dan juga didedah dihadapan Allah.  Mereka tidak sanggup menanggung malu yang amat sangat.

_Bersambung Ke Bhg 3 (akan datang)

Tiada ulasan: